Post By : Azhar
Maulana
Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa.
Kuingin diriku
tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman. Setitis airmata yang menyucikan
hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi.
Seulas senyuman menarikku
dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujian kepada Allah SWT. Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati;
Seulas senyum menjadi
sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.
Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.
Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.
Aku bersedia
kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan
mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang.
Telah kudengar
keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang
termanis.
Ketika malam tiba
bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya.
tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.
Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan.
tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.
Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan.
Setitis airmata dan
seulas senyuman.
Air laut menjadi wap
dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan
lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke
padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut,
rumahnya.Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan.
Bagai setitis airmata
seulas senyuman.
Dan, kemudian jiwa
jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas
bagai segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.
Menuju samudera cinta dan keindahan – kepada Allah Azza Wa Jalla.